Wednesday, August 25, 2010

itu namanya LUMRAH DUNIA

sekarang kalau kita perhatikan dah macam macam hal berlaku kat dunia nie sekarang . benda yang tak patut nya berlaku sudah pun berlaku . aku amat hairan kenapa diorang yang melakukan benda benda yang tak patut dibuat nie makin berleluasa . diorang tak rasa takut ke ? dekat akhirat nanti ? aku tahu aku taklaa sempurna sangat kalau nak kata orang macam macam tapi benda nie berlaku sekeliling aku . aku tak suka , rimas, menyampah dan sakit hati kalau fikirkan nya.apa yang aku cuba nak katakan pasal kes sosial yang sekarang banyak berlaku . pasal buang bayi , diorang tak rasa kesian @ sedih ke buat cm tue ? aku yang tengok sakit mata . sekarang ni aku harap kepada kawan aku yang telah terjebak tue aku harap dia akan berubah dan insaf . masih ada kesempatan untuk berubah kepada kebaikan .

Monday, July 5, 2010

hari itu tiba

salam , alhamdulillah akhirnya hari itu tiba . aku rasa bersyukur sangat sebab aku dengan kawan rapat yang aku dulu dah hubungi aku semula setelah agak lama jugak kami tak berhubung . dah lama aku tunggu dia call @ mcj aku . sebab aku da try banyak kali tapi dia tanak pickup . tak bagi respon pun. risau jugak aku , marah sangat ke dia kat aku. tapi aku paham aku bagi dia masa untuk tenangkan fikiran dan bagi dia redakan kemarahan dia . sebab aku tahu benda ni akan selesai kerana kami berdua dah cukup BESAR dan MATANG untuk berfikir dan apa yang patut kami buat . aku harap persahabatan kami nie takkan ada masalah lagi . dan aku harap kami selalu open minded dan selalu berfikiran matang nie pun sume sebab aku tanak benda yang sama ulang dan ulang lagi . lagipun lepas nie masing masing ikut haluan sendiri . masing masing akan ada kehidupan sendiri . dan pada masa itu aku harap kami still bole contact each other . bole tahu perkembangan masing masing . dan apa yang aku nak dia tahu yang aku sentiasa sayang kat dia walaupun apa apa yang berlaku . > : kepada kawan yang aku sayang ! ( miss lolipop purple )

Wednesday, June 30, 2010



Bila langit mula mendung


Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,

"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?


Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau
Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan
!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan


Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)


So lepas nie bila hujan jangan ler bersungut ek.Berdoa ler banyak2...

Monday, June 28, 2010

berdikari

dear blog , hari nie da masuk 3 kali aku taip kisah hidup aku dalam blog aku nie . HAHA aku sendiri pun tak bajet yang hari nie aku bole pikir sume nie . aku pun tak tahu kenapa . maybe terlalu byk yang aku fikir dalam otak aku yang membuatkan aku ingin share dan luahkan dekat blog aku . tapi aku tak rasa bosan langsung pun sebab aku rasa nie cara yang terbaik untuk luahkan apa yang terbuku kat otak aku . hari nie 28 JUNE 2010 aku sudah pulang ke bangi untuk memulakan semester baru setelah sebulan lebih bercuti . aku naek bus pukul 3.30petang dari skudai . aku balik gan fatin . mula mula aku igtkan nak naek papa aku , tapi bila aku fikir umur aku da 20 tahun aku da patut berdikari sendiri tak payah nak menyusahkan parents aku lagi . oleh itu aku pun naek bas . so first step yang aku kene buat ialah kemas barang-barang yang nak dibawa . kemas punya kemas mula ingat aku bawak dua beg jewp . then aku lupa yang ada barang yang tertinggal lagi ,jadik tambahlaa satu beg. GILA ! nak tanak aku harus jugak bawak beg tue sume , PENAT WOUUHH ! nie lagi satu cerita . aku da ade umah nak duduk .tapi masalahnya housemate aku tue ade hal pulak so tade kat umah . nak dijadikan cerita aku kenalaa berhijrah ke rumah kawan aku yang lain . masalahnya pulak kawan aku yang lain nie sibuk menguruskan hal yang ta dapat dielakkan budak rumah dia pulak ta tahu yang aku nak stay . nak call budak rumah dia . hefon dia rosak . jadik aku tanak menyusahkan dia aku dengan fatin pun ambik jalan terakhir dengan stay di BANGI LANAI HOTEL.hahahahahaha . buat pertama kalinya dalam tiga tahun aku belajar di kptm aku duduk disitu . tapi bole tahanlaa tempatnya taklaaa buruk sangat . untuk nak menetap dalam satu hari agak sesuai laaa . bila aku fikir fikir balik ,sebenarnya ada hikmah benda nie sume berlaku aku dapat berdikari dengan sepenuh jiwa dan raga untuk pertama kalinya dalam hidup aku . AKUSUKAITU ! !

* HARI YANG PENAT DAN BANYAK KEJUTAN TAPI TETAP KENANGAN YANG PALING AKU AKAN INGAT
SAMPAI BILA BILA .

Sunday, June 27, 2010

kepadakawanyangakusayang !

aku tahu aku da banyak menyusahkan kau . tapi aku cuma nak kau tahu hal yang berlaku tu tade kena mengena dengan kau . kau pun da tahu kenapa aku buat macam tue kan . aku harap kau bole paham . aku mintak maaf kalau aku ade sakitkan hati kau selama kita berkawan . aku jugak manusia biasa yang selalu buat salah dan selalu buat keputusan dalam keadaan yang keliru . DAN AKU NAK KAU TAHU APA YANG KAU NAMPAK APA YANG BERLAKU DEKAT DIRI AKU SELEPAS NI SEMUA TU SATU KEBETULAN . AKU HARAP KAU JANGAN SESEKALI FIKIR HAL HAL YANG NEGATIF DAN JANGAN KAU INGAT JUGAK YANG AKU TANAK KAWAN DENGAN KAU . macam yang aku pernah cakap dengan kau aku suka kawan dengan kau aku memang bole ngam dengan kau aku bole citer sume pasal aku dekat kau . kau tahu benda tue sume . kalau kau betol betol kenal aku kau mesti faham apa sebab dan alasan kenapa aku buat ni sume . aku tahu kau pikir alasan aku nie tak munasabah kan . tapi hakikatnya memang itu alasan nya . tade disebabkan benda lain . lagi sekali aku mintak MAAF ! ! ! ! ! !


AAINA SHAZWANI

duit ouhhh duit !

aku tak tahu kenapa baru sekarang aku sedar pasal betapa pentingnya dalam mengawal perbelanjaan duit keluar dan masuk dengan kata lebih mudah belanja setiap hari . aku rasa dah lama aku duduk jauh dengan family aku sepatutnya aku dah kene pandai macam mana nak belanja seberapa banyak untuk sehari nak bajet duit laa katakan. aku rasa aku dah pernah cuba dulu kowt . tapi tiba tiba dah berhenti aku pun tak perasan . HAHA . lagipun sekarang umur aku dah 20 tahun aku da patut merancang perbelanjaan seharian , kalau tak bole bankrap parents aku dapat anak macam aku . HAHA . so buat masa sekarang aku dah cuba buat kira kira sikit sikit untuk permulaan awal sem nie . INSYAALLAH aku bole buat . bukan nye susah sangat pun kira kira macam tue jewp . oke sampai sini saja . daaaaaaaaaaaaaaa ...

pagi yang indah

Hidupan yang berada di bumi ALLAH ini segalanya indah dan sempurna . ALLAH telah menciptakan manusia dan haiwan sebagai penghuni di bumi ini dimana kita semua hanya menumpang diatas ciptaan yang MAHA ESA . kita sepatutnya berasa amat bersyukur dan harus menjaganya dengan sebaik-baiknya . oleh itu aku sangat bersyukur dengan segala nikmat dan rezeki yang telah diturunkan oleh-NYA . setiap malam sebelum tidur aku selalu berdoa agar umurku dipanjangkan . aku masih lagi mahu merasai kehidupan di dunia ini , dapat bersama dengan orang di sekeliling aku . aku sayang dan rindu itu semua . dan ALHAMDULILLAH sampai ke hari ini aku masih lagi dapat menikmati pagi yang indah dari pandangan mataku . rasa bersyukur tidak dapat aku gambarkan hanya ALLAH sahaja yang tahu dan aku terus berdoa dan berdoa . aku tahu suatu hari nanti segala yang aku kecapi ini akan tiada seperti mana yang tertulis didalam AL-QURAN apa yang akan berlaku di dunia kelak .tapi aku akan terus meminta pertolongan dan rahmat ALLAH supaya aku dan keluarga dan orang yang aku kenali dipanjangkan umur . AMIN . aku mengharap pagi yang indah untuk esok !