| Bila langit mula mendung |
Wednesday, June 30, 2010
Monday, June 28, 2010
berdikari
dear blog , hari nie da masuk 3 kali aku taip kisah hidup aku dalam blog aku nie . HAHA aku sendiri pun tak bajet yang hari nie aku bole pikir sume nie . aku pun tak tahu kenapa . maybe terlalu byk yang aku fikir dalam otak aku yang membuatkan aku ingin share dan luahkan dekat blog aku . tapi aku tak rasa bosan langsung pun sebab aku rasa nie cara yang terbaik untuk luahkan apa yang terbuku kat otak aku . hari nie 28 JUNE 2010 aku sudah pulang ke bangi untuk memulakan semester baru setelah sebulan lebih bercuti . aku naek bus pukul 3.30petang dari skudai . aku balik gan fatin . mula mula aku igtkan nak naek papa aku , tapi bila aku fikir umur aku da 20 tahun aku da patut berdikari sendiri tak payah nak menyusahkan parents aku lagi . oleh itu aku pun naek bas . so first step yang aku kene buat ialah kemas barang-barang yang nak dibawa . kemas punya kemas mula ingat aku bawak dua beg jewp . then aku lupa yang ada barang yang tertinggal lagi ,jadik tambahlaa satu beg. GILA ! nak tanak aku harus jugak bawak beg tue sume , PENAT WOUUHH ! nie lagi satu cerita . aku da ade umah nak duduk .tapi masalahnya housemate aku tue ade hal pulak so tade kat umah . nak dijadikan cerita aku kenalaa berhijrah ke rumah kawan aku yang lain . masalahnya pulak kawan aku yang lain nie sibuk menguruskan hal yang ta dapat dielakkan budak rumah dia pulak ta tahu yang aku nak stay . nak call budak rumah dia . hefon dia rosak . jadik aku tanak menyusahkan dia aku dengan fatin pun ambik jalan terakhir dengan stay di BANGI LANAI HOTEL.hahahahahaha . buat pertama kalinya dalam tiga tahun aku belajar di kptm aku duduk disitu . tapi bole tahanlaa tempatnya taklaaa buruk sangat . untuk nak menetap dalam satu hari agak sesuai laaa . bila aku fikir fikir balik ,sebenarnya ada hikmah benda nie sume berlaku aku dapat berdikari dengan sepenuh jiwa dan raga untuk pertama kalinya dalam hidup aku . AKUSUKAITU ! !
* HARI YANG PENAT DAN BANYAK KEJUTAN TAPI TETAP KENANGAN YANG PALING AKU AKAN INGAT
SAMPAI BILA BILA .
SAMPAI BILA BILA .
Sunday, June 27, 2010
kepadakawanyangakusayang !
aku tahu aku da banyak menyusahkan kau . tapi aku cuma nak kau tahu hal yang berlaku tu tade kena mengena dengan kau . kau pun da tahu kenapa aku buat macam tue kan . aku harap kau bole paham . aku mintak maaf kalau aku ade sakitkan hati kau selama kita berkawan . aku jugak manusia biasa yang selalu buat salah dan selalu buat keputusan dalam keadaan yang keliru . DAN AKU NAK KAU TAHU APA YANG KAU NAMPAK APA YANG BERLAKU DEKAT DIRI AKU SELEPAS NI SEMUA TU SATU KEBETULAN . AKU HARAP KAU JANGAN SESEKALI FIKIR HAL HAL YANG NEGATIF DAN JANGAN KAU INGAT JUGAK YANG AKU TANAK KAWAN DENGAN KAU . macam yang aku pernah cakap dengan kau aku suka kawan dengan kau aku memang bole ngam dengan kau aku bole citer sume pasal aku dekat kau . kau tahu benda tue sume . kalau kau betol betol kenal aku kau mesti faham apa sebab dan alasan kenapa aku buat ni sume . aku tahu kau pikir alasan aku nie tak munasabah kan . tapi hakikatnya memang itu alasan nya . tade disebabkan benda lain . lagi sekali aku mintak MAAF ! ! ! ! ! !

AAINA SHAZWANI

AAINA SHAZWANI
duit ouhhh duit !
aku tak tahu kenapa baru sekarang aku sedar pasal betapa pentingnya dalam mengawal perbelanjaan duit keluar dan masuk dengan kata lebih mudah belanja setiap hari . aku rasa dah lama aku duduk jauh dengan family aku sepatutnya aku dah kene pandai macam mana nak belanja seberapa banyak untuk sehari nak bajet duit laa katakan. aku rasa aku dah pernah cuba dulu kowt . tapi tiba tiba dah berhenti aku pun tak perasan . HAHA . lagipun sekarang umur aku dah 20 tahun aku da patut merancang perbelanjaan seharian , kalau tak bole bankrap parents aku dapat anak macam aku . HAHA . so buat masa sekarang aku dah cuba buat kira kira sikit sikit untuk permulaan awal sem nie . INSYAALLAH aku bole buat . bukan nye susah sangat pun kira kira macam tue jewp . oke sampai sini saja . daaaaaaaaaaaaaaa ...
pagi yang indah
Hidupan yang berada di bumi ALLAH ini segalanya indah dan sempurna . ALLAH telah menciptakan manusia dan haiwan sebagai penghuni di bumi ini dimana kita semua hanya menumpang diatas ciptaan yang MAHA ESA . kita sepatutnya berasa amat bersyukur dan harus menjaganya dengan sebaik-baiknya . oleh itu aku sangat bersyukur dengan segala nikmat dan rezeki yang telah diturunkan oleh-NYA . setiap malam sebelum tidur aku selalu berdoa agar umurku dipanjangkan . aku masih lagi mahu merasai kehidupan di dunia ini , dapat bersama dengan orang di sekeliling aku . aku sayang dan rindu itu semua . dan ALHAMDULILLAH sampai ke hari ini aku masih lagi dapat menikmati pagi yang indah dari pandangan mataku . rasa bersyukur tidak dapat aku gambarkan hanya ALLAH sahaja yang tahu dan aku terus berdoa dan berdoa . aku tahu suatu hari nanti segala yang aku kecapi ini akan tiada seperti mana yang tertulis didalam AL-QURAN apa yang akan berlaku di dunia kelak .tapi aku akan terus meminta pertolongan dan rahmat ALLAH supaya aku dan keluarga dan orang yang aku kenali dipanjangkan umur . AMIN . aku mengharap pagi yang indah untuk esok !








Saturday, June 26, 2010
apa yang aku belajar tentang kehidupan
dear blog , lately nie aku mengalami tempoh yang agak menyesakkan jiwa dan ragaku , but tu pun salah diri aku jugak , aku selalu buat keputusan tanpa berfikir panjang dan aku tak sedar keputusan yang aku buat dalam diam membuat orang sekeliling aku sakit dan geram dengan aku . apa apa pun aku harap orang yang telah terima tempias dari kesilapan aku ni MAAFKAN aku ! dan aku baru sedar yang manusia memang sering melakukan kesilapan samada kecil atau besar . dan kita juga sebagai manusia sering membuat kesilapan dengan membuat keputusan dalam keadaan yang keliru . bila kita marah dan sakit hati sikit terus buat keputusan yang melulu tanpa berfikir panjang yang akhirnya memakan diri sendiri . sampai satu masa kita yang menyesal kerana perbuatan yang kita buat sendiri . Aku sudah belajar dari kesilapan itu dan aku telah berjanji dengan diri aku aku tidak mengulangi kesilapan itu lagi . kerana aku takut orang lain akan membenci aku . sedih jika ia berlaku lagi . ia juga akan membuat kita keliru walaupun hanya itu perkara kecil yang mudah untuk diselesaikan . aku sudah masak dengan situasi itu dan ia baik untuk diri aku kerana ia dapat membuat aku lebih matang dalam mengenal erti hidup sebenar . aku juga berfikir sahabat memang penting untuk kita tapi dalam mencari sahabat yang sebenar sebenar memahami kita sangat susah , kita akan merasa bahagia dan gembira bila bersama dengan mereka TAPI aku juga dapat rasai yang sebenarnya KELUARGA adalah tempat yang lebih sesuai untuk kita merasakan berbagai bagai perasaan yang kita sendiri tidak dapat jangkakan . PERCAYALAH ! selama ini aku tidak sedar sebab aku buta dengan perasaan tapi bila aku dengar abangku menyebut tentangnya hati aku sangat tersentuh dan aku terus menangis dengan sayunya seolah olah sedang dimarahi , walhal ketika itu aku sedang berbual bual bersama adik adikku yang lain sambil mengoreng keropok . HAHA . ( kisah benar ) .
p/s : saksi : adik adik aku .
disini aku tinggalkan sedikit nota untuk bacaan tambahan :
p/s : saksi : adik adik aku .
disini aku tinggalkan sedikit nota untuk bacaan tambahan :
aku ada ruang sendiri jgn tnya kenapa & mengapa . remaja adalah aset aku , ceria selalu gn kawan-kawan hingga ke tahap maksima . terbang bersama aku :) jgn tuduh aku jahat sebelum kenal aku , aku tahu apa yang aku buat , tp korg xkn pernah tahu , hidup ini mesti bebas . makan , minum , bermain , atau jgn wat ape2 . ini adalah kehendak aku . tp , dihujungnya pasti ada sempadan , ingat itu !
Friday, June 4, 2010
tentang cinta
hye there . agak da lama jugaklaa aku tak update blog aku ni . aku suka baca novel . and aku ada baca novel yang penulis nyer bernama ahadiat akashah .novel dia ni memang best giler ! banyak laa gak novel dia yang aku da baca . but yang paling aku suka lagenda budak setan ! serius memang best !! dan akhirnya cerita ni keluar kat wayang! suka giler aku !!! ia tentang cinta . cinta yang memerlukan pengorbanan , dan kadangkala bole mendatangkan seksaan jiwa yang amat mendalam dalam diri seseorang samada orang yang mencintai dan dicintai . cerita LAGENDA BUDAK SETAN cerita yang amat seronok dan sedih kalau orang yang membacanya faham dan mendalami perasaan watak dalam cerita tu . dan apa yang aku dapat adalah CINTA ITU MEMANG INDAH DAN BOLEH MEMBERI KITA KESAN YANG AMAT PILU JIKA TIDAK DAPAT PEROLEHI ATAUPUN HILANG ! kat sini aku letak lagu yang cukup buat aku nangis dan rasa sangat sedih .
Subscribe to:
Comments (Atom)