Saturday, June 26, 2010

apa yang aku belajar tentang kehidupan

dear blog , lately nie aku mengalami tempoh yang agak menyesakkan jiwa dan ragaku , but tu pun salah diri aku jugak , aku selalu buat keputusan tanpa berfikir panjang dan aku tak sedar keputusan yang aku buat dalam diam membuat orang sekeliling aku sakit dan geram dengan aku . apa apa pun aku harap orang yang telah terima tempias dari kesilapan aku ni MAAFKAN aku ! dan aku baru sedar yang manusia memang sering melakukan kesilapan samada kecil atau besar . dan kita juga sebagai manusia sering membuat kesilapan dengan membuat keputusan dalam keadaan yang keliru . bila kita marah dan sakit hati sikit terus buat keputusan yang melulu tanpa berfikir panjang yang akhirnya memakan diri sendiri . sampai satu masa kita yang menyesal kerana perbuatan yang kita buat sendiri . Aku sudah belajar dari kesilapan itu dan aku telah berjanji dengan diri aku aku tidak mengulangi kesilapan itu lagi . kerana aku takut orang lain akan membenci aku . sedih jika ia berlaku lagi . ia juga akan membuat kita keliru walaupun hanya itu perkara kecil yang mudah untuk diselesaikan . aku sudah masak dengan situasi itu dan ia baik untuk diri aku kerana ia dapat membuat aku lebih matang dalam mengenal erti hidup sebenar . aku juga berfikir sahabat memang penting untuk kita tapi dalam mencari sahabat yang sebenar sebenar memahami kita sangat susah , kita akan merasa bahagia dan gembira bila bersama dengan mereka TAPI aku juga dapat rasai yang sebenarnya KELUARGA adalah tempat yang lebih sesuai untuk kita merasakan berbagai bagai perasaan yang kita sendiri tidak dapat jangkakan . PERCAYALAH ! selama ini aku tidak sedar sebab aku buta dengan perasaan tapi bila aku dengar abangku menyebut tentangnya hati aku sangat tersentuh dan aku terus menangis dengan sayunya seolah olah sedang dimarahi , walhal ketika itu aku sedang berbual bual bersama adik adikku yang lain sambil mengoreng keropok . HAHA . ( kisah benar ) .
p/s : saksi : adik adik aku .
disini aku tinggalkan sedikit nota untuk bacaan tambahan :
aku ada ruang sendiri jgn tnya kenapa & mengapa . remaja adalah aset aku , ceria selalu gn kawan-kawan hingga ke tahap maksima . terbang bersama aku :) jgn tuduh aku jahat sebelum kenal aku , aku tahu apa yang aku buat , tp korg xkn pernah tahu , hidup ini mesti bebas . makan , minum , bermain , atau jgn wat ape2 . ini adalah kehendak aku . tp , dihujungnya pasti ada sempadan , ingat itu !

No comments:

Post a Comment